BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI

Wednesday, December 8, 2010

KECEDERAAN SUKAN


Kecederaan Pada Sistem Tubuh

·       Sistem Rangka
·       Sistem Otot
·       Sistem Sendi


Sistem Rangka

·       Fraktur ( retak dan parah
·       Fraktur tertutup ( patah yang terjadi dalam badan tidak menyebabkan kulit terkoyak ).
·       Farktur terbuka ( patah yang menyebabkan tulang terkeluar pada pada permukaan kulit )


Sistem Otot
·       Kontusi (hentakan )
·       Kekejangan otot
·       Otak terkoyak
·       Kecederaan tendon ( otot  ke tulang )
·       Kecederaan ligament ( tulang ke tulang )


Sistem Sendi
·       Dislokasi ( tulang sendi terkeluar dari mangkuk sendi)
·       Miniskus terkoyak.




KLASIFIKASI KECEDERAAN DALAM SUKAN.

Punca-punca kecederaan dalam sukan

     i.        Kecederaan langsung – kecederaan yang disebabkan oleh sentuhan / hentakan /pukulan pada otot atau tulang

   ii.        Kecederan tidak langsung – kecederaan yang disebabkan oleh diri sendiri cth: tidak memanaskan badan sebelum aktiviti , pemakaian pakaian atau alatan yang tidak sesuai.

 iii.        Kecederaan di tempat yang digunakan terlalu kerap.- sesuatubahagian/ anggota badan digunakan tanpa rehat yang mencukupi.


JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAMAN

Boleh dibahagikan kepada dua iaitu :

     i.        Kecederaan Luar
   ii.        Kecederaan Dalaman

Kecederaan Luar

Kecederaaan ini berlaku pada permukaan kulit atau bahagian tisu di bawah kulit. Kecederaan luaran yang sering berlaku adalah seperti berikut :

Luka       :        kulit terkoyak disebabkan terkena benda
                        tajam atau keras. Koyakan yang berlaku menyebabkan kulit berdarah. Koyakan yang dalam boleh menyebabkan saluran darah terputus dan pendarahan yang berlaku lebih serius.


Melepuh       :  Berlaku disebabkan geseran di antara
bahagian badan dengan permukaan yang lain . 
Tisu cecair akan berkumpul dan kulit akan    
mengelembung.

Melecet       :     Berlaku apabila bahagian badan bergeser 
                          dengan permukaan lain. Lapisan epidermis
terkoyak tetapi bahagian atau tisu di bawah kulit  
  tidak cedera.


Kecederaan Dalaman


Terseliuh      :    berlaku apabila ligamen atau tisu-tisu terkoyak,
                          teregang atau terpulas disebabkan bebanan yang
                          kuat atau secara tiba-tiba.


Otot terkoyak   : Berlaku koyakan dibahagian otot atau tendon
                          disebabkan pengecutan otot-otot secara drastik,
                          ketidakupayaan otot atau tendon menengang
                          beban ang dikenakan atau dihentakkan terus
                          ke otot.


Otot kejang     :  Berlaku kekejangan pada otot, apabila otot
                          Kehilangan sifat kontraksi otot buat sementara. 
                          Kekejangan berlaku disebabkan ketidak
                          seimbangan atau kekurangan air dan elektrolit 
                          ( natrium dan klorida ) dalam otot kesan akibat
                          perpeluhan dankurang dya tahan.



Dislokasi    :       Berlaku apabila tulang sendi terkeluar dari
                          kedudukan asalnya. Dislokasi disebabkan                         
                          pergerakan anggota badan luar daripada julat          
                          pergerakan yang biasa. Hal ini mengakibatkan
                          ligamen dan tisu bahagian sendi terengang dan
                          koyak.



Fruktur       :     Berlaku apabila tulang patah atau retak 
                        disebabkan daya hentakan tepat , sipi atau daya 
                        putaran. Terdapat dua jenis fraktur ia itu fraktur
                        tertutup dan fraktur terbukan.
                                                                      


Kontusi      :     Berlaku kecederaan pada salur darah atau saluran
                        darah halus terputus disebabkan daya hentakan.                        
                        Akibatnya kesan lebam pada permukaan kulit atau
                        pendarahan dalaman.    




Konkusi     :     Berlaku dibahagian kepala disebabkan daya
                        hentakan atau pukulan yang mengakibatkan
                        mangsa tidak sedar diri atau pengsan. Konkusi
                        boleh menyebabkan kecederaan otak yang serius.






 TANDA -TANDA SIMPTOM KECEDERAAN

Tanda dan simptom kecederaan penting untuk :

·       Mengenalpasti  jenis kecederaan
·       Membantu memberi pertolongan cemas

Amaran tubuh badan:

Tubuh badan memberi amaran apabila masalah berlaku pada otot atau sendi.

*   Kesakitan (pain )

v Penbentukan asid laktik
v Otot terkoyak
v Keradangan pada sendi

*   Bengkak (swelling)

v Pengumpulan cecair di sekeliling sendi atau otot
v Cara tubuh mengawal kecederaan

*   Kaku (stiffness)

v Berlaku dari dalam: sendi bengkak, cartilage koyak.
v Faktor luran sendi: ketegangan otot atau tendon.

*   Bunyi (noise)

v Bunyi dan sakit tanda ada masaalah
v Chondromalacia : kekasaran pada permukaan sendi
v Osteoarthritis : keradangan sendi.
v Maniskus koyak


*   Ketidakstabilan (Instability)

v Otot dan ligamen mengawal sendi
v Sndi dalam lutut/ligamen : anterior cruciate ligament
v Otot sekeliling sendi : otot quardriceps lemah


Mengenalpasti tanda dan simptom kecederaan

§  Pemerhatian dan sentuhan
§  Maklumat mangsa

Pemerhatian dan sentuhan

§  Kecacatan kepada anggota yang cedera
§  Lebam
§  Pendarahan
§  Pucat
§  Berpeluh
§  Bengkak
§  Radang
§  Takstur kulit berubah
§  Cara bernafas tidak normal
§  Suhu badan tidak normal
§  Kadar denyutan jantung tinggi/rendah.

Maklumat Mangsa
§  Sakit
§  loya
§  haus/dahaga
§  anggota lemah
§  pening
§  bahagian yang cedera tidak boleh bergerak

Tanda dan Simptom Kecederaan

Jenis Kecederaan

Tanda
Simptom

Luka



Melepuh



Melecet




Dislokasi



Fraktur
( patah / retak )



Kontuksi





konkusi



Berdarah, lebam, bengkak



Gelembung berair



Kulit tergeser, berdarah, lebam, bengkak, berubah bentuk


Hilang daya pergerakan, bengkak sekeliling sendi


Hilang daya pergerakan,
Bengkak, perubahan bentuk.


Bengkak, lebam, pergerakan terhad.




Tidak sedarkan diri, denyutan nadi lemah, pergerakan terhad.

Sakit tempat yg cedera


Perit pada tempat yang cedera


Sengal




Sakit tempat cedera



Sakit tempat cedera




Sakit tempat cedera





Loya, pening, hilang ingatan buat sementara




LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Langkah- langkah keselamatan yang diambil dapat mengelakkan berlakunya kemalangan atau kecederaan. Perhatian dan tindakan yang sewajarnya perlu di ambil oleh guru atau jurulatih bagi memastikan murid atau atlet mereka selamat ketika menjalankan aktiviti sukan atau fizikal.  Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil:


a.      Latihan yang sistematik

b.      Mengenalpasti tahap dan kecergasan murid

c.      Undang-undang dan peraturan permainan atau sukan

d.      Kemudahan alatan

e.      Faktor persekitaran

f.        Penyeliaan , arahan dan bimbingan.
                                                                 










PRINSIP & PROSEDUR PERTOLONGAN CEMAS.

Berikut adalah tiga prinsip dan prosedur bantu mula yang boleh diguna dalam menghadapi situasi kemalangan atau kecederaan.

     i.        D.R.A.B.C
   ii.        T.O.T.A.P.S.
 iii.        R.I.C.E


D.R.A.B.C

D        - Danger ( bahaya )
R        - Response ( tindakbalas)
A        -  Airways ( saluran udara )
B        -  Breathing ( pernafasan )
C        -  Curculation ( peredaran darah )


Langkah-langkah D.R.A.B.C

D        : Danger ( bahaya )
§  Pastikan kawasan sekitar mangsa selamat
§  Sekiranya mangsa boleh berjalan bawa mangsa ketempat redup.
§  Sekiranya mangsa pengsan akibat kecederan pada kepala atau leher, JANGAN alihkan mangsa. Minta bantuan dan bawa mangsa ke hospital.

R       :  Response ( tindakbalas)

§  Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menepuk bahu mangsa dengan lembut
§  Sekiranya mangsa sedar, cuba berinteraksi dengan mangsa. Tanya nama atau keadaan dirinya.
§  Sekiranya mangsa tidak sedar, mengiringkan mangsa untuk membantu membuka ruang pernafasannya dan minta bantuan.

A        : Airways ( saluran udara )
§  Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang menghalang pernafasan seperi lidah stau gigi palsu.
§  Sekiranya saluran pernafasan terhalang , keluarkan objek tersebut.

B        : Breathing ( pernafasan )
§  Pastikan mangsa bernafas dengan cara berikut:
- pergerakan turun naik dada
- bunyi semasa bernafas.
§  Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya stabil .
§  Sekiranya tidak bernafas berikan bantuan pernafasan mulut ke mulut.


C        : Curculation ( peredaran darah )
§  Pastikan nadi mangsa berdenyut
§  Sekira nadi berdenyut, teruskan bantuan pernafasan dengan kadar 1 hembusan setiap 5 saat EAR
§  Sekiranya tak berdenyut, lakukan pemulihan pernafasan kaedah CPR








T.O.T.A.P.S


T           - Talking ( bercakap )
O           - Observe (memerhati)
T           - Touch ( sentuhan)
A           - Active ( aktif)
P           - Passive (Pasif)
S           - Skill (kemahiran )


Langkah-langkah T.O.T.A.P.S

T           -Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera
§  Apa yang berlaku?
§  Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
§  Apa yang kamu rasa?
§  Bahagian mana yang cedera?
§  Adakah bahagian lain yang cedera?
§  Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
      

            O         - Observe (memerhati)
         Memerhati ketika bercakap dengan atlet
§  Adakah atlet/mangsa tertekan ?
§  Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
§  Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
§  Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
§  Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?
                       





             T        - Touch ( sentuhan )
              Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak cedera                 
              dan secara perlahan begerak ke kawasan yang cedera.

§  Adakah terdapat kelembutan?
§  Adakah terdapat kecacatan?
§  Adalah kawasan cedera panas?

         Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi  
         fraktur dan dislokasi.
          
            
                A     - Active (aktif)

         Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa
         sakit berhenti.           

§  Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih dahulu.
§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh atau terhad?
§  Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut dirasai?

                                           









             P        - Passif (pasif)
   
           Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat
           pergerakkan yang normal. Berhenti jika kesakitan berlaku.

§  Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan yang penuh?
§  Bilakah kesakitan berlaku?

§  Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

             Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan     
             atau hilang/bertambah julat pergerakan


             S        - Skill (kemahiran)

             Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat
             pergerakan yang normal tanpa kesakitan, suruh
             atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang
             perlahan.

§  Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti
§  Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan







R.I.C.E

R            - Rest ( rehat )
I             -  Ice    ( Ais )
C            -  Compression ( Pembalutan)
E            -  Elevation ( meninggikan )


Langkah –langkah R.I.C.E


R          - Rest ( rehat )

Letakkan atlet dalam posisi yang selesa ( berbaring)
§  Elakkan menggerakan bahagian yang cedera

Pergerakan akan menyebabkan pendarahan disebabkan peningkatan pengaliran darah.


I            - Ice ( ais )

Kaedah:
§  Letakkan ais dalam tuala/beg plastik
§  Rendamkan dalam air
§  Elakkan meletakkan ais terus ke kawasan cedera tanpa lapik/alas.
§  Ais mengurangkan bengkak/kesakitan/kekejangan otot







     C        - Compression  (pembalutan)

       Balut bahagian yang cedera dengan bandage dengan selesa.
§  Pembalutan boleh mengurangkan pendarahan/bengkak dan membantu menyokong bahagian yang cedera.


      E         - Elevation ( meninggikan/elevasi)

       Tinggikan bahagian yang cdera melebihi aras jantung 
       sepanjang masa.
§  Meninggikan bahagian yang cedera dapat mengurangkan pendarahan/bengkak dan kesakitan.


REMEMBER  ! !

WITH SOFT TISU INJURIES, YOU SHOULD AVOID THE HARM FACTORS

H     - HEAT   INCREASES  BLEADING

A     - ALCOHOL INCREASES SWELLING

R     - RUNNING OR EXERCISING TO SOON CAN MAKE THE INJURY
             WORSE 

M    - MASSAGE INTHE FIRST 48-72 HOURS INCREASES SWELLING                    
            AND BLEEDING












No comments:

Post a Comment

Post a Comment