BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI

Wednesday, December 22, 2010

BOLA JARING

Bola jaring

Bola jaring merupakan sukan yang sama dan terhasil dari bola keranjang, pada asalnya dikenali dinegara asalnya, Amerika Syarikat sebagai "bola keranjang wanita". Dicipta oleh Clara Gregory Baer, peneraju dalam sukan wanita, ia kini merupakan sukat berpasukan wanita tersoor (kedua-dua sebagai penonton dan pemain sukan) di Australia dan New Zealand dan turut popular di Jamaica, Barbados, South Africa, Sri Lanka, dan United Kingdom.

SEJARAH BOLA JARING

  Bola jaring merupakan satu – satunya jenis sukan di dunia yang khusus dimainkan oleh wanita. Jenis sukan ini mula diperkenalkan pada tahun 1891 di Amerika Syarikat. Sejak itu ia semakin digemari dan hari ini ia dimainkan oleh semua golongan wanita dari berbagai – bagai peringkat usia.

Pada mulanya, sukan ini digabungkan dengan bola keranjang, yang juga menggunakan ‘keranjang’ sebagai gol. Ramai pula menganggap sukan bola jaring ini sebagai cabang bola keranjang. Yang bertanggungjawab yang memperkenalkan sukan bola jaring ialah Dr. James Naismith. Sukan ini diperkenalkan di Kolej Sringfield, Massachusetts pada tahun 1891. Sukan ini kemudian diperkenalkan sebagai acara sukan luar dewan. Bakul sebagai digantikan dengan gelang dan jaring. Maka lahirlah jenis sukan yang baru apa yang kita sebut hari ini sebagai bola jaring.

Oleh kerana cara bermain sukan ini dicipta begitu rupa maka ia hanya wajar dimainkan oleh wanita, walaupun tidak ada peraturan mengenai hal ini. Tidak dinafikan memang ada kaum lelaki yang mengambil bahagian tetapi jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan wanita.

Salah satu sebab sukan ini mudah diterima umum ialah ia mudah dimainkan dan tidak memerlukan kawasan yang luas seperti halnya bola sepak dan hoki. Bilangan pemain tidak ramai. Hal ini turut mempengaruhi. Hari ini bola jaring telah diiktiraf sebagai salah satu sukan antarabangsa dengan sebilangan besar negara dunia mengambil bahagian dalam pertandingan – pertandingan antarabangsa.

Di negara kita bola jaring diminati oleh semua golongan wanita. Berbagai kejohanan dan pertandingan dianjurkan dari semasa ke semasa. Majlis Sukan Sekolah – sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan kejohanan bola jaring yang dianggap paling menarik dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kejohanan ini dijalankan dari peringkat daerah, negeri hinggalah ke peringkat kebangsaan. Persatuan Bola Jaring Malaysia juga turut menganjurkan kejohanannya sendiri, dan turut mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.   

Gambaran dan peraturan

 
Lakaran gelangkang bola jaring.

Sebagaimana bola keranjang, permainan ini dimainkan diatas gelanggang keras dengan gelung mata dikedua hujung gelanggang, dengan bola menyerupai bola keranjang (tetapi lebih ringan, kecil dan lembut sedikit binaannya, malah kebanyakannya putih). Gelungnya mempunyai dimensi lebih kecil dan rendah berbanding gelung bola keranjang, dan juga ia tidak mempunyai papan latar. Gelangang dibahagi kepada tiga yang mengawal pergerakan setiap individu dalam pasukan, dan dua separuh bulatan "bulatan penjaring - (shooting circles)" pada setiap hujung di mana semua lontaran gol perlu dilakukan. Terdapat tujuh pemain setiap pasukan, yang dilantik, kedudukan yang ditetapkan. (Sesetengah variasi remaja (junior)/latihan hanya mempunyai lima pemain setiap pasukan.) Setiap pemain memakai "bib" menunjukkan satu dari kedudukan di bawah, menunjukkan kedudukan pemain. Setiap pemain hanya dibenarkan pada sudut tertentu digelanggang: pemain yang terkeluiar dari kedudukan mereka dianggap "salah kedudukan -(offside)". Kedudukan digambarkan di bawah:



Kedudukan bola jaring
Nama kedudukan
Abbreviation
Lawan
Kawasan dibenarkan
Goal Shooter
GS
Goal Keeper.
Attacking goal third including goal circle
Goal Attack
GA
Goal Defence
Attacking goal third, goal circle, and center third
Wing Attack
WA
Wing Defence
Attacking goal third and center third, not goal circle
Centre
C
Centre
Everywhere except goal circles
Wing Defence
WD
Wing Attack
Defensive goal third and centre third, not goal circle
Goal Defence
GD
Goal Attack
Defensive goal third and centre third, including goal circle
Goal Keeper
GK
Goal Shooter
Defensive goal third, including goal circle

Saiz gelanggang

Gelanggang bola jaring besar sedikit dari gelanggang bola keranjang, sepanjang 30.5m dan selebar 15.25m. Garis panjang dikenali sebagai Garis Sisi dan garis panjang dikenali sebagai Garis Gol (Goal Lines). Gelanggang dibahagi kepada tiga kawasan sama besar. Bulatan Pusat bergaris pusat 90cm terletak ditengah gelanggang. Separuh bulatan bergaris pusat (radius) 4.9m pada setiap Garis Gol dikenali sebagai Bulatan Gol. Lebar garis gelanggang tidak lebih dari 50mm. Tiang gol adalah setinggi 3.05m dari atas gelung. Gelung mempunyai dimeter dalam 380mm dan terletak 150mm dari tiang gol. Gelung diperbuat daripada besi bergaris pusat 15mm.

PERALATAN DAN PAKAIAN

Peralatan permainan yang paling penting ialah bola. Ia diperbuat daripada kulit. Walaubagaimanapun, bola getah dan bahan-bahan lain juga sering kalidigunakan. Bagi pemain senior, ukur lilit bola yang digunakan ialah 690-710mm dan beratnya 400-450 gram, sama seperti bola sepak. Pemain junior menggunakan bola yang lebih kecil dan ringan.

Pakaian pemain kini sedang mengalami perubahan yang amat menarik. Pakaian tradisi seperti skirt pendek dan baju kemeja putih berkolar kini ditukarkan kepada baju yang sendat serta seluar pendek dan baju kemeja pelbagai warna. Pakaian tersebut amat popular dikalangan pemain bola jarring. Banyak pasukan mempunyai pakaian trek yang sama warna digunakan sewaktu memanaskan badan.

Kasut juga berubah, dengan banyak pengilang mula mengeluarkan kasut khas untuk permainan bola jarring. Kasut yang sesuai ialah yang boleh menyerap hentakan,menyokong tapak kaki serta ringan dan selesa dipakai.

Memandangkan bola jaring merupakan permainan tanpa sentuhan, penggunaan peralatan keselamatan adalah amat terhad. Ada negara yang membuat balutan pada pergelangan kaki pemainnya untuk mengelakkan kecederaan. Ada juga pemain yang menggunakan pelindung gigi. Di gelanggang, tiang gol dibalut untuk mengelakkan berlaku kecederaan serius sekiranya berlaku perlanggaran.

v KEMAHIRAN

Kemahiran asas dalam sukan amat penting diketahui oleh pemain. Tujuan kemahiran juga perlu diberitahu. Pemain dimaklumkan tentang perkara ini sejak kecil – kecil lagi atau sejak dia berada di peringkat sekolah rendah lagi. Sebabnya, kemahiran akan terus ditingkatkan dari semasa ke semasa dan diubahsuai mengikut peringkat dan keadaan sukan itu. Jurulatih memainkan peranan penting meningkatkan kemahiran pemain. Jurulatih akan membetulkan kesalahan pemain dan memberikan nasihat dan bimbingan seperlunya.

Dalam sukan bola jaring kemahiran tertentu perlu dan wajb diperolehi jika pemain benar – benar mahu berjaya. Kemahiran ini melibatkan aspek pengawalan badan, stamina, semangat berpasukan dan pengawalan bola. Umumnya, ada dua jenis kemahiran dalam sukan jenis itu.

Pertama, kemahiran diri yang melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan. Kedua, kemahiran mengendalikan bola yang melibatkan menangkap, melontar, mengawal, mengelak dan menjaring. Juga kemahiran ini melibatkan menghantar (melempar), merebut, melompat dan mengawal (mengadang). Latihan bersistem dapat meningkatkan taraf kemahiran pemain.

Menangkap    

Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia memandang pantas pergerakan bola.

            Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di luar dugaan.

Menghantar

Ada berbagai – bagai cara menghantar atau melontar bola, dan ia bergantung kepada beberapa jarak antara pemain, kedudukan penghalang dan kecekapan pemain. Bola boleh dihantar dalam keadaan bergerak atau berdiri dengan menggunakan sebelah atau dua belah tangan. Hantaran bola boleh dilakukan secara menolak, melontar, meleret atau melalui kepala. Apabila menghantar bola, mestilah ada persefahaman di antara yang menghantar dan yang menerima lontaran. Jika bola yang dihantar tidak dapat ditangkap, bererti lontaran kurang baik.

Hantaran aras bahu – hantaran ini sering dilakukan. Sebabnya, bola hantaran
                                    atas bahu ini akan terlontar jauh dan tinggi. Ini tidak akan
                                    tertangkap atau direbut dengan mudah oleh pemain 
                                    lawan. Hantaran ini akan menjadi lebih kuat dan tepat.
                                    Hantaran begini boleh dibuat ke hadapan penerima.

Hantaran aras dada – hantaran aras dada ialah satu hantaran yang kuat, cepat
                                    dan untuk jarak yang tidak begitu jauh. Hantaran ini sesuai
                                    untuk keadaan yang pantas dan tidak memerlukan
                                    tindakan segera.

Hantaran lantun – ia sering digunakan apabila terdapat ramai pemain
                              berkumpul di satu – satu kawasan gelanggang terutama yang
                              hampir dengan kawasan jaringan. Hantaran ini rendah sahaja
                              dan dilakukan apabila pemain penghalang lebih tinggi
                              daripada pemain yang membuat atau menerima hantaran.
                              Hantaran lantun boleh dibaling dengan satu atau dua tangan,
                              Tetapi selalunya dengan dua tangan.

Hantaran atas kepala – hantaran ini adalah serupa dengan lontaran masuk yang
                                      dilakukan dalam sukan bola sepak, kecuali kedudukan
                                      kaki pemain yang agak longgar dalam lontaran bola
                                      jaring. Hantaran ini digunakan apabila pemain yang
                                      terlibat diadang atau dihalang oleh pemain lawan.

Hantaran sisi – hantaran ini boleh dibuat rendah dank e bawah jika penghalang
                         meluruskan tangannya ke hadapan untuk menghalang.
                         Hantaran ini boleh dibuat dengan menggunakan satu atau dua
                         tangan. Cara hantaran hampir sama dengan cara melontar bola
                         baling. Bagaimanapun, hantaran ini jarang digunakan kerana
                         kurang tepat dan kadang – kadang sukar menerimanya.
Gerakan kaki
            Dalam permainan bola jarring, gerakan kaki merupakan salah satu kemahiran penting yang diharapkan semua pemain memahirkannya. Untuk kemahiran ini, seseorang pemain mestilah berlari dengan laju dan pada jarak yang berubah – ubah. Dia perlu menukar haluan secara serta – merta sambil memecut juga serta merta. Terdapat beberapa cara di mana gerakan kaki boleh dipergunakan dalam permainan bola jarring.

            Kemahiran gerakan kaki selalu selalu dikaitkan dengan kemahiran lain. Gerakan kaki di sini bermakna apabila seseorang pemain itu telah menerima bola, dia melompat atau melonjak semasa menghantar dan menjaringnya. Pemain – pemain yang dapat mengamalkan kemahiran dengan mudah dapat mengelakkan diri daripada lain sama ada semasa membuat hantaran, menerima bola dan membuat jaringan.

Mengawal dan mengelak

            Pemain perlu mampu menjadi penyerang dan penghalang sekaligus. Biasanya pasukan yang menguasai bola dianggap sebagai pasukan penyerang, sementara pasukan lawannya diaggap pasukan penghalang. Maka setiap pemain perlu mahir sebagai penyerang dan penghalang. Dia perlu mahir menangkap dan melontar bola.

            Apabila menyerang, pemain mestilah pantas melintasi lawannya dan bergerak ke tempat lapang untuk menerima hantaran. Pemain boleh meninggalkan lawan atau melepaskan diri daripada lawan dengan mengelak, melompat atau menukar haluan semasa berlari. Setiap gerakan ini hendaklah dilakukan dengan pantas. Pemain yang menerima hantaran pula hendaklah juga pantas bergerak sama ada ke hadapan atau ke sisi pemain yang membuat hantaran supaya dia dapat mengelak daripada diadang oleh lawan.

            Apabila mengawal, pemain hendaklah menghalang lawan membuat hantaran atau jaringan. Sebagai penghalang, pemain akan mengawal lawan dan tempat bola akan dilontar. Apabila mengawal dan menghalang, pemain hendaklah mengagak arah atau haluan bola yang akan dilontar. Lazimnya, kawalan dilakukan satu lawan satu. Setiap pemain akan mengawal lawannya sepanjang permainan.

Cara mengambil lambungan

            Tiap – tiap pemain perlu tahu cara mengambil lambungan kerana dalam permainan mereka tentu akan terlibat untuk mengambil lambungan. Jika pemain itu berjaya mendapatkan bola, maka pasukannya akan membuat serangan. Ringkasnya, cara berikut boleh dijadikan panduan.

  1. kedua – dua pemain berdiri secara berhadapan (menghadap gol masing – masing)
  2. tangan pemain hendaklah lurus ke bawah dan ke sisi tubuh.
  3. kedudukan kaki pemain bergantung kepada keselesaan pemain. Tetapi jarak antara kaki yang terdekat dengan pihak lawan mestilah lebih kurang satu meter.
  4. kedua – dua pemain tidak boleh bergerak sebelum wisel dibunyikan. Jika salah seorang bergerak, maka hantaran percuma akan diberikan pada pihak lawan.
  5. apabila wisel dibunyikan dan bola dilambungkan ke udara, pemain mesti mencuba mendapatkan bola itu sebelum ia bergerak tinggi ke atas.
  6. pemain boleh menangkap atau menepis bola ke arah rakannya.
  7. jika gagal mendapatkan bola, pemain mesti cuba bersedia untuk menghalang hantaran yang akan dibuat oleh pemain seorang lagi.
Menjaring   
          Menjaring adalah satu lagi kemahiran penting dalan sukan ini. Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan. Walaupun cuma dua orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan, namun pemain – pemain lain perlu juga mahir. Sebab adakalanya, penjaring tidak dapat bermain dengan baik maka dia perlu diganti oleh pemain lain.

            Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana – mana tempat di dalam bulatan jaringan. Yang penting ialah ia perlu disesuaikan dengan cara menangkap bola, kedudukan penjaring dalam bulatan jaringan dan ketinggian penghalang. Kemahiran memebuat jaringan memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring.




No comments:

Post a Comment

Post a Comment