BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI

Sunday, December 19, 2010

KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR

BOLA TAMPAR
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR
(i)   Hantaran
(ii)  Servis
(iii) Merejam
(iv)  Mengadang
KEMAHIRAN ASAS
Hantaran bola


Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.

Hantaran atas kepala (overhead)

Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.

Cara-cara hantaran atas kepala

1) Posisi bersedia
a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih   
   luas sedikit pada bahu.
b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas    
   dan ibu jari terbuka ke dalam.
f. Siku bengkok ke luar.
g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing 
   berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi 
   tiga kecil.
h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.

2) Pergerakkan
a. Bergerak di bawah bola.
b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk 
   menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan 
   berputar untuk sampai ke bola.

3) Kontak

a. Kontak dilakukan di atas dahi.
b. Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.

Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)
 
Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.


Cara-cara hantaran bawah tangan

1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
   Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain
   serta ibuibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi
   seimbang.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola
   yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang
   laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke
   arah bola yang hendak dihantarkan.

3) Kontak
a. Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b. Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua
   hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.


Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatu smesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.

(ii) Servis
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.

Servis bawah tangan (underhand)

Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.


Cara-cara melakukan servis ini

1) Posisi bermula

a. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
b. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan
    tangan kanan (right handed server).
c. Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
d. Bengkokkan sedikit lutut.
e. badan menghadap ke hadapan.
f. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan
    dan sebelah kanan badan.
g. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan
    belakang.

2) Lambungan

a. Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
b. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
   tangan sekaligus tangan akan memukul bola tersebut (striking
   hand).


3) Aksi tangan / kontak

a. Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke
   belakang mengikut pergerakan buah bandul jam.
b. Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat
  badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
c. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
   bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
d. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan
   yang lurus.
e. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
f. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
g. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.

Servis atas kepala (overhead)
 
Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.

Cara-cara membuat servis atas kepala
1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan
   kanan.
c. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang
   satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan
   tangan kanan.
d. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Lambungan / pemindahan beratan
a. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di
   hadapan bahu lengan yang membuat servis.
b. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.

3) Aksi tangan kontak
a. Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi
   membaling bola.
b. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk
   melakukan putar depan.
d. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.

Servis gelombang (floata)


Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.

Cara-cara menbuat servis gelombang

1) Posisi bermula

a. Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan
   kanan.
c. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola
   yang diarahkan.
d. Lutut dibengkokkan sedikit.
e. Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan
   belakang.

2) Lambungan dan pemindahan berat badan

a. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi
   bersedia.
b. Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus
   direntang ke hadapan.
c. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk
   menolong kawalan bola).
d.Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama
  naikkan lengan lambungan.
e. Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.
f. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas
   secara berlanjutan dan lutut diluruskan.
g. Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat
   lambungan. Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu
   tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya.
i. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan
   apabila lambungan telah mencapai kemuncaknya.

3) Aksi tangan dan kontak

a. Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling
   seperti dalam perrmainan besbol.
b. Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan
   dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
c. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the
   hand).
d. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.
e. Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di
   bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.
f. Mata memandang bola semasa servis dilakukan.


(iii) Merejam (Smesy)

Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Rejam berdiri
a. Tidak ada run-up
b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan
   ke belakang dan ke atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di
   belakang bahu untuk merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak
   tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan
   terbuka atau menadahkan tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola
   turun.

Rejam sambil berlari (running spike)

a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
i.   Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama adalah bermasa 
    (a timing pace).
ii.  Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-
     dua belah kaki akan hampir bersama.
iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau 
     menadah tangan.

Cara-cara merejam.
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.

2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan 
   tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk 
   melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang 
   boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat 
   badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.
3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan 
   tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.
e) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike 
   atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
f) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.

4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.

(iv) Mengadang

Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.

(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke 
    atas.
(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak 
    lawan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment