BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI

Sunday, December 19, 2010

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING


PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING

MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH SELANGOR DAN MALAYSIA


1.         UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN

Pertandingan dijalankan mengikut Undang – Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan – Peraturan Am MSSM


2.             JENIS PERTANDINGAN

2.1             Pertandingan berpasukan MSS Selangor – Sekolah   bawah 12
tahun, 15 tahun  dan 18 tahun lelaki dan perempuan.

2.2             Tempoh permainan

Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa permainan 20 minit setiap separuh masa  dengan 10 minit masa rehat (20 :10: 20) - MSSM
·         Ikut mesyuarat pengelolaan peringkat daerah dan negeri.

2.3             Masa Rehat Pasukan (1 minit )

(a)                    Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.

(b)                    Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).

(c)                    Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-

Ø  Semasa pasukannya mengawal bola.

Ø  Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.


3.            PENDAFTARAN PEMAIN

3.1          Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang
dengan 5 orang pemain ganti.

                3.2          Bagi penyertaan berpasukan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, 2 (dua) orang
pemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategori dibolehkan menyertai pasukan MSS. Negeri masing – masing. (Rujuk Peraturan Am MSSM Terbaru 2005)




4.            SISTEM PERTANDINGAN

Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut:-

4.1          Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )

4.1.1       Pusingan Pertama


4.1.1.1    Sekiranya  12   atau   lebih   pasukan   mengambil   bahagian,
                                                mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B,
                                                C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

4.1.1.2    Johan,  Naib Johan,  Tempat  Ketiga   dan   Keempat     dalam
pertandingan   tahun   lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :

Johan                                     -               Kumpulan A
Naib Johan                           -               Kumpulan B
Ketiga                                    -               Kumpulan C
Keempat                                -               Kumpulan D

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.

4.1.1.3      Sekiranya    pasukan     yang    di utamakan   ( seeded )  tidak 
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
                                                                         

4.1.2            Pusingan Kedua (Suku Akhir)


               4.1.2.1   Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan
                                masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan
                                dijalankan secara kalah mati.

4.1.2.2    Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

4.1.2.3    Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.

4.1.2.4      Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.


4.1.2.5      Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.


  
                5.2          Cara Liga Tiga Kumpulan


5.2.1       Pusingan Pertama

5.2.1.1    Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.

5.2.1.2    Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
               
                                                Kumpulan A          -               Johan  tahun lalu
                                                Kumpulan B          -               Naib Johan tahun lalu
                                                Kumpulan C         -               tempat ketiga tahun lalu

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.

5.2.1.3    Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukanya.




5.2.2       Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )

5.2.2.1    Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.

5.2.2.2    Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

5.2.2.3    Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan Y dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.

5.2.2.4    Naib Johan  setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.


5.2.3       Pusingan Akhir

5.2.3.1    Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.

5.2.3.2    Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.



5.3          Cara Liga 2 kumpulan.
               
                                5.3.1       Pusingan Pertama

5.3.1.1    Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.

5.3.1.2    Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B

5.3.1.3    Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.

5.3.1.4    Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

5.3.2       Pusingan kedua

5.3.2.1    Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan A.

                                5.3.2.2    Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

                5.3.3       Pusingan Akhir   

5.3.3.1    Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan

5.3.3.2    Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.


                               
5.4          Cara liga Satu Kumpulan                         

Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian , pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.



6.             CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN

               
6.1                Secara Liga

Cara Memberi Mata

                                Menang                -               2 mata
                                Seri                        -               1 mata
                                Kalah                     -               0 mata

6.1.1           Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :

6.1.1.2      Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.

6.1.1.3      Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.

6.1.1.4      Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.

6.1.1.5      Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.


6.2                Secara Kalah Mati

6.2.1           Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya.

6.2.1.1      Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit

6.2.1.2      Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.

6.2.1.3      Jika keputusan masih seri balingan 7 meter akan dijalankan.

6.2.1.4      Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka lambungan syiling sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan


6.2.2           Sistem Balingan 7 meter (Penalti)

6.2.2.1      Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.

6.2.2.2      Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan  secara berselang-seli dengan sistem “Sudden death” sehingga keputusan diperoleh.

6.2.2.3      Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.

6.2.2.4      Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.

6.2.2.5      Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut  dibenarkan  mengambil balingan 7 meter.

6.2.2.6      Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.

6.2.2.7      Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.

6.2.2.8      Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.


7.             PAKAIAN

                Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :-

7.1                Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.

7.2                Pemain-pemain dibenarkan memakai  kasut biasa  atau ‘boot’.  Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali.

7.3                Kasut ‘boot’ yang mempunyai 6 - 8 ‘stud’ tidak dibenarkan dipakai dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm.

7.4                Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur.  Pemain dimestikan memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 20 di bahagian belakang dengan ukuran ketinggian nombor sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm ukuran dibahagian dada.   Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat kejohanan.

7.5                Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.

7.6                Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang dibahagian atas lengan dengan ukuran lebar 4 cm.

7.7                Pertukaran warna jersi :  Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.


8.             GELANGGANG PERMAINAN

                Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF)

8.1                Tiap-taip gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi  dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.


9                     ALATAN (BOLA)

PERINGKAT UMUR
LILITAN
BERAT
SAIZ BOLA
12 Perempuan
12 Lelaki
50 – 52 cm
290 – 330 gm
Saiz 1
15 Perempuan
18 Perempuan
15 Lelaki
54 – 56 cm
325 – 375 gm
Saiz 2
18 Lelaki
58 – 60 cm
425 – 475 gm
Saiz 3


10.          KELEWATAN

Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat.  Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.


11.          MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH

                Sila rujuk Peraturan AM ( 11 ) MSSM.



12.          BATAL ( KAD MERAH ) DAN SINGKIR

12.1            Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau dibatal dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya.  Kecuali pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.

12.2            Jika seorang pemain atau pegawai pasukan disingkir, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut.


13.          BANTAHAN

                Sila rujuk Peraturan Am (12 ) MSSM.


14.          LEMBAGA JURI RAYUAN

                Sila rujuk Peraturan Am (13 ) MSSM.
               

15.          LEMBAGA TATATERTIB

                Sila rujuk Peraturan Am (14 ) MSSM.


16.          PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.

Sila rujuk Peraturan AM (19)

1 comment: