BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI

Wednesday, December 8, 2010

KONSEP PERTOLONAN CEMAS

Definisi:
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital.
Prinsip-prinsip pertolongan cemas:
  1. Menyelamatakan nyawa
  2. Mengurangkan kesakitan
  3. Mengelakkan daripada keadaan bertambah teruk
  4. Mendapat bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital
Peraturan Am Pertolongan cemas:
  1. Memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu.
  2. Keutamaan kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit itu
  3. Jangan sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya 
    sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula 
    memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa.
  4. Membuat pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital.
Tindakan serta merta pertolongan cemas:
  1. Menentukan pernafasan mangsa berkeadaan baik.
  2. Memberikan rawatan renjatan dengan segera.
  3. Cuba memberhentikan darah jika mangsa berdarah.
  4. Memberikan rawatan yang rapi dan sempurna .
  Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula:
Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll.
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
  1. Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya [D]
  2. Pastikan mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. [R]
  3. Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A]
  4. Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation [B]
  5. Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation]. 



Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan
1.    Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti        [darah membeku] 

2.    Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 
3.    Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 
4.    Tenangkan mangsa. 
5.    Hantar mangsa dengan segera ke hospital.

Keracunan
Tanda-tanda:
  1. maklumat dari mangsa
  2. mangsa sakit dengan tiba-tiba
  3. kesan terbakar di sekeliling mulut atau bibir
  4. anak mata menguncup ke saiz mata jarum peniti.  
  Rawatan:

1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 
2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 
3.    Segera hubungi hospital 
4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau

Terkejut
Tanda-tanda:
  1. badan berpeluh
  2. pucat
  3. rasa nak pengsan
  4. resah
  5. nafas kerap tapi tipis
  6. kadar nadi bertambah tapi lemah.
Rawatan
Baringkan mangsa
  1. Lembabkan bibir mangsa dengan air jika ia dahaga
  2. Jika tidak sedar, baringkan dalam posisi 'recovery'
  3. Jika sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki ditinggikan
  4. Selimutkan jika suhu badan menurun
  5. Segera hantar ke hospital 
 
Terbakar
Klasifikasi terbakar

1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja 
        a. Kemerah-merahan atau hilang warna 
        b. bengkak sedikit dan rasa sakit 
        c. cepat sembuh

2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf 

        a. merah 
        b. ada tanda-tanda gelembung [blisters] 
        c. bengkak yang nyata [beberapa hari] 
        d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak.

3.    Third Degree 

        a. kerosakan tisu lebih dalam 
        b. kemusnahan pada lapisan kulit luar 
        c. tisu-tisu dalam dapat dilihat.

Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital
Rawatan
  1. Sejukkan dengan serta merta dengan air sejuk
  2. tutup bahagian yang terbakar dengan air bersih
  3. baringkan mangsa
  4. jangan gerakkan bahagian yang terbakar
  5. beri minuman sedikit bagi mangsa yang sedar
  6. hantar segera ke hospital 
Melecur
Rawatan
  1. sejukkan dengan air sejuk
  2. jika baju tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian
  3. rawat seperti mangsa terbakar  
Kejutan Elektrik
  1. putuskan hubungan elektrik
  2. periksa pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa terhenti
  3. rawat bagi terbakar jika ada  
Terseliuh [dislocation]

Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut.



Rawatan:   RICE
  1. Rehatkan kawasan yang cedera [Rest]
  2. Letakkan ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice]
  3. Balut tempat yang cedera [Compression]
  4. Tinggikan tempat cedera dari paras jantung [Elevation]
  5. Hantar ke hospital


Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak.

Rawatan:   RICE
Terkehel

Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut.

Rawatan:

1.    Berikan rawatan renjatan. 
2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal. 
3.    Jangan lakukan banyak pergerakan. 
4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera. 
5.     Hantar segera ke hospital.

Semua kecederaan sukan yang dialami semasa bertanding atau latihan mestilah diuruskan dan diperiksa untuk menentukan sama ada mangsa itu dibenarkan meneruskan latihan atau beraksi atau dirujuk dengan segera kepada pakar perubatan.


Terdapat beberapa kaedah pengurusan menilai kecederaan sukan.



kaedah pertama ( TOTAPS )



Talk -          bolehkah mangsa itu bercakap, bertanya kepdanya peringkat
                  kesakitan dan tempat kecederaan



Observe -    perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa 
                  terutamanya kecederaan yang dialami ke atas kepala mangsa.



Touch   -     rasakan tempat kecederaan, periksa sebarang bengkak atau 
                  deformiti anggota badan tersebut.



Active
Movement - suruh mangsa gerakkan anggota badan yang cedera, sekiranya 
                  mangsa rasa sakit rujuk kepada pakar perubatan dengan segera.



Passive
Movement - gerak perlahan bahagian yang tercedera untuk periksa tahap 
                  kecederaan. Regangkan otot dan benarkan mangsa kembali beraksi 
                  setelah pasti dengan sepenuhnya kecederaan tidak serius.  



Stand       - suruh mangsa itu berdiri, jalan, lari dan lompat untuk mempastikan 
                  tahap kecederaan. Benarkan mangsa sambung bermain bila tiada 
                  tanda kecederaan yang khusus. 


BANTU MULA CPR
CPR - Cardio Pulmonary Resuscitation


DEFINISI
- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan dengan menggunakan teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.



SEJARAH CPR
- Bermula di Baltimore, Amerika pada tahun 1960.
- Teknik mulut ke mulut ditemui oleh Dr. James Elam dan Peter Safar.
- Teknik cardiac compression (tekanan dada) ditemui oleh Dr. Kounwenhowen
- Kedua-dua teknik digabungkan dan dilaksanakan secara menyeluruh pada 1973.
- Mula diperkenalkan dan dilaksanakan di Malaysia pada 1986.
- Pindaan Garis Panduan oleh CPR (American Heart Association) dari CPR 2000 ke Garis Panduan CPR 2005.



PROTOKOL CPR
D – Danger (Bahaya)
R – Response (Tindakbalas)
A – Airways (Saluran pernafasan)
B – Breathing (Pernafasan)
C – Circulation (Peredaran darah)



DANGER
- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.



RESPONSE
- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika tahu) atau “Encik …encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.



AIRWAYS
- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.
- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.
L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada
L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa
F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut




BREATHING
- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada tak naik posisikan semula kepala mangsa.
- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.
- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION
- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.



RECOVERY POSITION
- Jika mangsa tersedar atau menunjukkan tanda-tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa pada posisi pemulihan.



BANTUAN PERNAFASAN (BAYI)
- 20 kali dalam seminit.
- 1 hembusan setiap 3 saat.



KADAR TEKANAN DADA (BAYI)
- 30 tekanan 2 hembusan.
- 5 pusingan 1 kitaran.
- 150 tekanan 10 hembusan.
- 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan
- Kaedah 2 jari.

5 comments: