1.0 SEJARAH
Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara sukan Olimpik yang tertua.
Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat
( standing long jump ).
Pada tahun 1896 di sukan Olimpik moden di Athens, lompat jauh sambil berlari telah
dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu
mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.
Jarak yang dicapai oleh seseorang atlit dalam acara lompat jauh bergantung kepada
kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat gravity, ketinggian lompatan dan
posisi mendarat.
Atlit haruslah membuat lompatan dengan kelajuan terpantas dengan menggunakan
kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan.
Jika kaki lonjakan atlit melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu
tidak akan dikira walau sejauh mana sekalipun lompatan tersebut.
Dua ketegori lompatan adalah
i. Lompatan sah ii. Lompatan batal
Lompatan yang sah akan diukur daripada tepi papan lonjakan ke tanda yang dibuat
oleh atlit dalam tambak yang terdekat ke papan lonjakan.
Untuk mencapai jarak yang terbaik di antara papan lonjak dan tanda mendarat di
pasir, atlit haruslah cuba mendarat dengan menggunakan kaki mendahului badannya
seberapa jauh yang boleh tanpa menyebabkan dia terjatuh ke belakang.
2.0 UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH
Setiap acara dalam sukan olahraga mempunyai undang-undangnya tersendiri. Aturan
Ini disediakan dan disesuaikan mengikut kehendak jantina, peserta, peralatan dan jenis
acara itu. Bagi acara lompat jauh, berikut adalah antara undang-undang yang disediakan
mengikut kelulusan IAAF.
- Giliran atau susunan peserta untuk membuat lompatan hendaklah ditentukan
Menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula.
- Setiap lompatan peserta akan dikira berdasarkan jarak yang paling jauh salah satu
daripada lompatan yang dibuat.
- Dalam sesuatu pertandingan, jika terdapat lebih daripada lapan peserta, setiap
Peserta diberikan tiga lompatan dan mana-mana lapan peserta yang mempunyai
lompatan yang terbaik dipilih untuk ke pusingan akhir. Dalam pusingan ini
mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika lebih daripada seorang mempunyai
jarak yang sama dalam menentukan peserta yang ke lapan terbaik, tiga lompatan
tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta kurang daripada lapan orang.
Peserta yang membuat lompatan yang paling jauh tanpa batal dikira pemenang.
- Seseorang peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut :
a. Kaki peserta menyentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan
dengan mana-mana bahagian tubuhnya sebelum lompatan dibuat. Untuk
membantu pegawai menentukan kesilapan ini, penanda plastesin
diletakkan pada bahagian hadapan papan melonjak itu.
b. Ketika membuat lompatan, kaki peserta memijak atau menyentuh kawasan
di luar papan melonjak, iaitu di mana-mana sisi.
c. Menyentuh kawasan pendaratan semasa mendarat pada titik dibelakang
tapak kaki.
d. Berundur melalui kawasan pendaratan selepas membuat lompatan.
e. Peserta menggunakan cara atau kaedah lompatan yang tidak dibenarkan
oleh undang-undang.
f. Peserta menggunakan sebarang alat bantuan atau sokongan lompatan.
5. Jika peserta membuat lompatan dari kawasan di belakang papan melonjak, bukanlah
dianggap kesalahan.
6. Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong
lompat jauh untuk membuat percubaan atau latihan.
7. Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling
dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh
menerusi pendaratan kaki atau mana-mana anggota tubuh peserta.
8. Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan
pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan yang melonjak.
9. Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan.
10. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai
pertandingan.
3.0 FASA LOMPAT JAUH
Semua gaya atau teknik lompat jauh menunjukkan empat fasa pergerakan iaitu :
a. Fasa penujuan : lari menuju ke papan lonjak
b. Fasa lonjakan : melompat dari papan
c. Fasa layangan : badan berada di udara
- Fasa pendaratan : sentuhan bahagian badan dengan mendarat setempat.
Fasa Penujuan
i. Bilangan langkah larian yang digunakan adalah berbeza di antara setiap individu. 10
langkah larian untuk atlit yang baru dan 20 langkah untuk atlit kelas tinggi.
ii. Atlit haruslah mencapai kepantasan yang maksimum untuk menghasilkan lonjakan
yang berkesan.
iii. Pada langkah terakhir atlit haruslah merendahkan sedikit bahagian badannya untuk
mendapatkan tolakan yang berkesan daripada kaki yang telah dibengkokkan.
Fasa lonjakan
i. Tapak kaki yang melonjak mestilah memijak papan lonjak dengan tepat di mana
hujung kaki lonjakan tidak menyentuh kawasan yang terletak di hadapan papan. Aksi
lonjakan ini mestilah menggunakan bebola kaki.
ii. Tolakan kaki hendaklah kuat dan diluruskan pada saat-saat akhir untuk membantu
lonjakan yang tinggi.
iii. Serentak dengan lonjakan ini kaki bebas hendaklah dihayun dengan kencang ke
hadapan dengan mengangkat lutut tinggi.
iv. Pada masa yang sama, kedua-dua belah tangan dihayun ke hadapan dan ke atas
untuk membantu mencapai lonjakan yang lebih tinggi.
Fasa Layangan
Dalam fasa ini terdapat 3 teknik yang berlainan yang boleh digunakan iaitu teknik
gantung, teknik layar dan teknik tendang kayuh. Gaya badan dan pergerakan pelonpat
bergantung kepada teknik yang hendak digunakan.
i. Bagi teknik gantung, pelompat mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas
seolah-olah bergantung di udara. Kedua-dua kakinya di angkat ke belakang.
ii. Bagi gaya tendang kayuh, pelompat seolah-olah melangkah ke udara dan badannya
tegak.
iii. Bagi gaya layar, pelompat melunjurkan kedua-dua belah kakinya ke hadapan dan
badannya di condongkan ke hadapan. Tangan pelompat dihulurkan sehingga ke
hujung kaki.
iv. Bagi gaya selangkah, pelompat menghayunkan bahagian kakinya yang bebas ke
hadapan selepas melakukan lonjakan. Tindakan seperti di dalam gaya tendang kayuh
tidak dilakukan. Kaki yang digunakan untuk melonjak mengikut dari belakang. Ini bererti
kaki pelompat berada dalam keadaan terkangkang semasa membuat layangan. Sebelum
mendarat, kaki lonjak pelompat akan di bawa ke hadapan supaya bersama dengan kaki
bebas.
Fasa Pendaratan
Semasa berada dalam fasa ini, pelompat mesti memberi perhatian kepada imbangan
badan dan pencapaian jarak. Kaki dihulur ke hadapan dan sewaktu mencecah tempat
mendarat ( tumit kaki dahulu ) lutut dilenturkan untuk mengurangkan kesan tekanan
pendaratan dan tangan dihayun ke atas. Badan dicondongkan ke hadapan supaya
keseluruhan badan terus menuju ke hadapan.
Prinsip Asas Lompat Jauh
Tujuan utama lompat jauh ialah untuk mencapai jarak yang maksimum. Jarak ini
dapat dihasilkan dengan larian yang pantas dan disusuli dengan lonjakan yang cukup kuat
dan tinggi. Sekiranya seseorang ingin menjadi pelompat yang handal, dia mestilah
berupaya berlari dengan pantas, melompat dengan kuat dan mempunyai daya lenturan
badan serta daya organisasi yang baik.
Larian yang pantas dan lonjakan yang kuat boleh mempengaruhi jangka masa
pelompat berada di udara. Kedua-dua fasa ini akan menyebabkan pelompat bergerak
mengikut satu lingkungan parabola, di mana jarak lompatannya dapat ditentukan. Segala
lakuan pelompat semasa di fasa layangan ini tidak dapat membantunta memanjangkan
dia berada di udara. Sebenarnya gaya badan semasa berada di fasa layangan adalah untuk
mengimbangkan badan dan membolehkan pelompat membuat persediaan untuk mendarat
dengan lebih selamat dan berkesan.
Satu kajian dalam bidang olahraga ( Gordon, 1975 ) telah membuktikan bahawa gaya
tending kayuh hanya berkesan dan sesuai bagi pelompat yang mampu melompat jarak
yang lebih dari 5 meter. Kebanyakan pelajar sekolah tidak melompat sejauh itu.
Tambahan pula, mereka hanya mampu membuat layangan yang singkat dan mereka tidak
berupaya melakukan pergerakan tending kayuh dengan berkesan.
Gaya layar adalah satu gaya lompatan yang popular kerana ia mudah diajar. Walau
bagaimanapun, gaya ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri dan kurang berkesan
untuk dijadikan sebagai satu teknik lompat jauh yang boleh dicontohi. Gaya layangan ini
menyebabkan pelompat cepat mendarat.
4.0 LATIHAN ANSUR MAJU DALAM LOMPAT JAUH
Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, pelajar mestilah digalakkan
Mencuba beberapa aktiviti melompat untuk menentukan kaki kiri atau kaki kanan yang
lebih selesa digunakan untuk melonjak. Latihan lompat ketingting antara dua tempat dan
melepasi halangan boleh dianggap sebagai satu aktiviti yang dapat memenuhi kehendak
ini.
Latihan 1
Berlari anak dan melangkah ke kawasan mendarat. Ini dibuat secara berulang-ulang.
Tetapkan tanda permulaan larian. Latihan ini adalah untuk memberi tumpuan kepada
pelajar untuk melakukan larian dengan langkah yang sama.
Latihan 2
Berlari dari tandaan dan melonjak tinggi. Lutut kaki bebas diangkat tinggi dan tangan
dihayun ke atas. Latihan ini akan dapat membantu pelajar merasai keadaan yang sebenar
semasa melonjak ke atas. Mereka hendaklah mencuba untuk membuat lompatan tertinggi
semasa latihan.
Latihan 3
Gunakan tali sebagai halangan. Para pelajar berlari dan melonjak. Semasa berada di
udara, kaki bebas di buka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki
bebas ( kaki di sebelah hadapan ) mencecah tanah dahulu. Latihan ini untuk memastikan
pelajar melonjak dengan tinggi dan menggerakkan kakinya yang bebas ke hadapan
semasa berada di fasa layangan.
Latihan 4
Ulang latihan 3. Gerakkan kaki lonjak ke hadapan bersama-sama dengan kaki bebas
supaya pelompat mendarat dengan kedua-dua belah kakinya melunjur ke hadapan.
Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan pelajar supaya mendarat dengan betul.
Latihan 5
Berlari pantas ( 11 hingga 13 langkah ), melonjak dan mendarat. Guna dan sesuaikan
tandaan untuk mencapai ketepatan melonjak. Latihan ini merupakan latihan lompat jauh
secara keseluruhan.
Aktiviti Untuk Lompat Jauh
Terdapat beberapa aktiviti yang difikirkan sesuai sebagai latihan untuk lompat jauh
antaranya ialah :
- Berlari sejauh 20 hingga 30 meter
- Lompat jauh dirian
- Melompat melepasi halangan
- Lompat ketingting – perlumbaan lari berganti-ganti
- Melompat anak sungai
5.0 ASPEK BIOMEKANIK
Dalam menganalisa pergerakan seseorang atlit dalam acara lompat jauh ini, kita
perlu merujuk kepada Newton dan kajiannya tentang sifat-sifat kesan tarikan gravity.
Newton telah memperkenalkan tiga hukum gerakan yang membantu kita memahami
sifat-sifat pergerakan manusia. Gerakan adalah hasil sesuatu daya yang dikenakan oleh
suatu tolakan atau tarikan.
Hukum Inersia
Hukum ini juga dikenali sebagai Hukum Newton Pertama. Hukum ini mengatakan
sesuatu objek yang tidak bergerak kekal dalam kedudukan static dan sesuatu objek yang
bergerak akan terus bergerak sehingga ia diubah oleh daya luar.
Semasa permulaan kita perlu kenakan satu daya yang lebih besar daripada berat
badan atlit untuk menggerakkan badan dari keadaan pegun.
Semasa mendarat atlit akan terus bergerak ke arah yang sama sehingga terdapat satu
daya bertindak ke atasnya.
Hukum Pecutan ( Hukum Newton Kedua )
Hukum ini mengatakan sesuatu objek dikenakan sesuatu daya, ia akan terus bergerak
dalam arah yang sama dengan daya yang dikenakan. Pecutan ataupun peningkatan
kelajuan adalah berkadar terus dengan daya yang dikenakan dan berkadar songsang
dengan saiz dan jisim objek tersebut.
Hukum ini amat penting di dalam sukan kerana ia menunjukkan semasa larian daya
yang dikenakan adalah hasil daripada jisin dan halaju. Hayunan tangan semasa larian
akan menambahkan daya momentum yang akan dihasilkan,
Hukum Newton Ketiga ( Law of Action and Reaction )
Hukum ini menyatakan bahawa setiap aksi ( tindakan ) akan terdapat satu reaksi
( tindakbalas ) yang sama kuat dari arah yang bertentangan.
Semasa larian tolakan kaki ke bumi, ayunan tangan yang lebih pantas akan
menambahkan kelajuan larian. Semasa permulaan larian tolakan kaki lonjak ke bumi.
Semasa melonjak hukum ini mengatakan bahawa setiap aksi akan terdapat satu reaksi
dari arah yang bertentangan. Semasa layangan badan atlit dibengkokkan ke hadapan dan
tangan lurus ( aksi ) dan kaki dihayun ke hadapan ( reaksi ). Semasa mendarat pasir akan
menyerap daya dan oleh sebab itu tolakan balik ( reaksi ) adalah tidak begitu kuat.
Kestabilan Badan
Semasa mendarat badan dicondongkan ke hadapan untuk offset pusat gravity supaya
atlit mendapat kestabilan yang baru.
Pusat Graviti ( Centre of Gravity )
Kedudukan pusat graviti adalah penting untuk menentukan keseimbangan badan.
Semasa mendarat kaki dan badan dibengkokkan untuk merendahkan pusat graviti supaya
badan berada dalam keadaan stabil.
Sudut Lonjakan
Sudut lonjakan adalah 42 hingga 45 darjah untuk mendapatkan jarak yang jauh.
6.0 KESELAMATAN
Dalam acara lompat jauh perkara yang perlu diberi keutamaan adalah dari aspek
keselamatan. Langkah ini adalah perlu untuk mengelakkan seseorang atlit mengalami
kecederaan. Langkah-langkah yang perlu diberi perhatian adalah seperti :
1. Atlit hendaklah memakai pakaian yang sesuai sebagai seorang atlit lompat jauh
seperti kasut spike.
2. Papan lonjakan yang kuat dan hendaklah separas dengan permukaan tanah.
3. Kawasan mendarat mestilah mempunyai pasir yang baik, bersih dan bebas
daripada benda-benda yang boleh memberi kecederaan kepada atlit.
4 Pembantu mesti sentiasa berada di kawasan mendarat untuk memastikan kawasan
itu sentiasa selamat digunakan.
- Semasa peserta membuat lompatan kawalan kawasan lompatan hendaklah diberi
Perhatian untuk mengelakkan gangguan daripada peserta lain.
- Sistem giliran lompatan hendaklah dijalankan dengan betul agar tidak berlaku
Pertindihan lompatan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada peserta.
7.0 PENUTUP
Setiap individu haruslah menjalani latihan yang berpanjangan dan sistematik. Semua
fasa-fasa latihan di dalam lompat jauh hendaklah dikuasai oleh setiap individu yang ingin
menjadi seorang atlit yang baik.
Aspek biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlit agar
mereka dapat melakukan latihan bagi membolehkan mereka mendapat pencapaian yang
cemerlang.
Dalam usaha untuk menguasai kemahiran individu haruslah melakukan aktiviti
dengan teknik-teknik yang betul. Di samping itu factor yang paling utama yang harus
diberi perhatian adalah factor keselamatan. Keselamatan penting untuk mengelakkan
seseorang atlit mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap
penyertaan mereka dan boleh membantutkan usaha mereka untuk berjaya dalam acara
lompat jauh
LOMPAT JAUH
Lompat jauh adalah merupakan salah satu daripada acara Olimpik yang tertua. Pada asalnya ia dilakukan dari posisi berdiri dan di panggil lompat jauh setempat (standing long jump). Pada tahun 1896 di Sukan Olimpik Modern di Athens, lompat jauh sambil berlari telah dipertandingkan. Ia adalah seperti lompat jauh yang dikenali pada hari ini iaitu mengandungi satu larian yang amat pantas, lonjakan dan lompatan yang kuat.
i. Jarak yang dicapai dalam lompat jauh bergantung kepada kelajuan permulaan lompatan, sudut peluncuran pusat graviti, ketinggian lompatan dan sisi mendarat.
ii. Untuk mencapai jarak yang terbaik, atlet harus meninggalkan tanah dengan kelajuan terpantas menggunakan kaki hadapan seberapa dekat yang boleh kesebelah depan papan lonjakan.
iii. Jika kaki lonjakan atlet melepasi tepi sebelah depan papan lonjakan, lompatan itu tidak akan dikira walau sejauhmana sekalipun lompatan tersebut.
Rajah 5.1 Lompatan sah dari papan lonjak. Rajah 5.2 Lompatan batal kerana tersentuh pasir.
|
Teknik-teknik untuk acara lompat jauh.
i. Atlet berlari, memijak tanda semak dan melompat dengan kaki yang sama. Pada dua langkah yang terakhir daripada tiga langkah larian itu, atlet coasts atau lari bersahaja, supaya ia bergerak atas apa yang dikenali sebagai borrowed speed dan bersedia untuk melompat dari papan lonjak.
ii. Atlet memijak papan dengan jari-jari kaki lonjakan. Berat badan ditumpukan ke atas kaki, pinggul, lutut dan sendi-sendi mata kaki diluruskan dengan kuat bersama-sama dengan paha kaki bukan-lonjak (kaki bebas) yang dinaikkan. Tubuh badan tegak sementara kepala berada dalam keadaan selari dengan bahu.
iii. Selepas melakukan lonjakan, kaki melonjak dibengkokkan dan dihayun kehadapan sementari kaki bebas diluruskan kebawah dan ke belakang. Lengan-lengan digunakan untuk mengimbangi gerak-gerakkan kaki.
iv. Kaki lonjak diluruskan sebagai persediaan untuk mendarat dengan kedua-dua lengan dibawa ke atas kepala.
v. Kaki bebas di bawa kehadapan bersama-sama dengan kaki lonjak. Kedua-dua lengan dihayun kebelakang semasa mendarat.
Ansur Maju
Dalam lompatan, tingginya lompatan dan pergerakkan mendatar tidak ada kaitan. Jadi, semasa mempelajari teknik lompat jauh yang menggunakan gaya tendang kayuh, atlet itu memerlukan lebih masa, lebih tingginya di udara. Ini boleh didapati dengan melompat papan anjal yang diletakkan pada hujung larian dan melompat ke dalam kawasan mendarat. Tingginya lompatan boleh ditegaskan dengan meletakkan satu sapu tangan atau selendang yang digantung atas kawasan mendarat lebih kurang di poin tertinggi lompatan. Atlet cuba menyentuhnya dengan bahagian atas kepala dan bukan dengan dahi.
Fasa-fasa lompat jauh
1. Lari tuju (lari landas)
mintak copy ya..tq atas perkongsiaan
ReplyDeletenk copy jugk yea...tq:)
ReplyDeleteMinta izin copy tuan... Tq
ReplyDeleteHa
ReplyDeleteOk=_=
ReplyDelete