PROSEDUR KAWAD KEBAKARAN
Setiap sekolah hendaklah menjalankan kawad kebakaran dan kecemasan disekolah masing-masing.
Kawad kebakaran tersebut hendaklah dijalankan sekurang-kurangnya sekali di dalam masa setahun.
Diantara tujuan utama diadakan kawad kebakaran dan kecemasan di bangunan-bangunan adalah:
a. Supaya pelajar yang terancam boleh bertindak dengan tenang dan teratur
b. Supaya jalan keluar dan tangga keselamatan (routes of escape) digunakan mengikut
kaedah yang dirancang.
c. Supaya tindakan pengosongan bangunan dilaksanakan dengan cepat dan teratur.
d. Melatih AJK Pengurusan Krisis yang dilantik menjalankan tugas dengan sempurna dan
mengikut prosedur.
e. Supaya dapat menguji keupayaan bertindak serta kekesanan alat-alatan kebombaan
dan kecemasan pada sesebuah bangunan tersebut.
Langkah-langkah Pencegahan Kebakaran
Pemastian alat pemadam api dan saluran bantu mula dalam keadaan sempurna.
Guru-guru kelas mengumpul dan merekod pelajar yang selamat/tidak selamat..
Notis-notis arahan dipaparkan pada papan kenyataan.

Laluan Kecemasan
a. Pemastian laluan kecemasan yang sedia ada mencukupi untuk mengatasi sebarang
kecemasan dan tidak dihalangi.
b. Tempat perhimpunan yang selamat.
c. Semua penghuni terlibat - kaedah menyelamat penghuni cacat/cedera hendaklah
diadakan.
d. Semua aktiviti latihan direkodkan.

Persediaan-persediaan berikut hendaklah dipastikan bagi menjalankan kawad kebakaran:
1. Mewujudkan Jawatankuasa bertindak di setiap bangunan/bahagian dan melantik
AJK Pengosongan Bangunan dan Penolong-Penolongnya.
a. Sebagai tanda pengenalan/pengecaman, AJK Pengosongan Bangunan hendaklah
memakai topi/helmet yang bewarna merah umpamanya.
b. Bertanggungjawab kepada semua penghuni semasa pengosongan bangunan
sehngga dipastikan keadaan bangunan selamat untuk dihuni semula atau sehingga
tanggungjawab tersebut diambilalih oleh pegawai pasukan perkhidmatan sama
ada yang berkaitan kebakaran atau lain-lain kecemasan.
c. Memastikan bantuan pertolongan cemas pertama diberikan, jika perlu.
2. Menyediakan pelan lantai (floor plan) dan rancangan tindakan.

Tindakan Sewaktu Menjalankan Latihan
Bunyikan loceng kecemasan
TINDAKAN MEREKA/PENGHUNI YANG MENDENGAR AMARAN ‘MENGOSONGKAN BANGUNAN’
a.Keluar dari bangunan mengikut pintu yang paling dekat dan selamatkan diri dengan
seberapa cepat yang boleh
b. Laporkan diri di tempat perhimpunan dan pastikan nama anda dipanggil semasa
perbarisan.
c. Semasa mengosongkan bangunan TIDAK dibenarkan:-
i. Berhenti atau berpatah balik untuk mengambil barang-barang.
ii. Pintas memintas atau tolak menolak antara satu sama lain.
iii. Jangan bergurau senda atau melawak.
iv. Jika terdapat penghuni yang sakit, cedera atau cacat, bantu mereka untuk keluar dari bangunan.
v. Hanya selepas bangunan anda diisytiharkan selamat, barulah anda boleh masuk semula ke dalam bangunan dengan teratur.
d. Guru Tingkatan, panggil baris dan periksa kehadiran pelajar masing-masing di tempat perhimpunan dan lapor kepada AJK Pengosongan Bangunan.
e. AJK Pengosongan Bangunan laporkan kepada Setiausaha Pengurusan
Krisis/Pegawai Bomba faktor masa, cara-cara pengosongan/ menyelamat
dijalankan/ulasan.

Penutup
Kebakaran atau apa-apa kecemasan di bangunan-bangunan boleh berlaku pada bila-bila masa dan keadaan tanpa diduga. Kebakaran dan kecemasan boleh meragut nyawa, mencederakan dan memusnahkan harta benda. Latihan kawad kebakaran dan kecemasan adalah merupakan suatu langkah persediaan atau berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perlu dingatkan bahawa menyelamat nyawa adalah lebih penting daripada menyelamat harta benda.

asslamualaikum!
ReplyDeletesyukran, mohon izin saya muat copy prosedur ini utk kegunaan sekolah.
moga Allah limpahkan kurnia rahmat-Nya kepada tuan/puan.
wassalam
Mysuru casino | JTM Hub
ReplyDeleteMysuru casino is 경주 출장샵 one of the best casinos in Canada, and 광주 출장샵 it is available to play 포항 출장샵 in more than 파주 출장샵 200 정읍 출장마사지 casino games. Here are a few reasons why you should join the