PANDUAN KESELAMATAN , KEBERSIHAN DAN PERATURAN DI KELAS.
1. Pelajar diwajibkan untuk meminta kebenaran guru atau memaklumkan kepada ketua kelas terlebih dahulu sekiranya hendak keluar dari kelas ke tandas, bilik guru dan lain-lain.
2. Dilarang membawa sebarang bentuk hiburannke sekolah. Contohnya MP3, MP4, walkman, telefon bimbit, komik dan majalah atau apap-apa sahaja.
3. Dilarang merayau-rayau, berkelakuan tidak sopan dan tidak ponteng sekolsh.
4. Dilarang dilarang meludah di merata tempat atau tingkat atas ke tingkat bawah.
5. Dilarang membuat bising, berkejaran atau makan dalam kelas.
6. Tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada ketika waktu rehat.
7. Digalakkan menghias kelas dengan alat-alat pembelajaran yang menarik, sesuai dan dapat membantu dalam proses pembelajaran.
8. Pastikan plan laluan kecemasan dipamerkan di dalam kelas.
9. Peraturan keselamatan sekolah harus dipatuhi sewaktu berlaku kebaran atau kecemasan.
10. Dilarang membawa benda tajam dan bahaya ke sekolah.
11. Elakkan pembaziran dan guanakan lampu dan kipas pada masa yang diperlukan sahaja.tutup suis sebelum meninggalkan kelas.
12. Laporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak sebarang perbuatan yang mencurigakan atau cubaan merosakkan harta benda sekolah.
13. Laporkan dengan segera kepada guru atau guru bertugas sekiranya berlaku kecemasan, kehilangan dan kecurian untuk tindakan selanjutnya.
14. Susun kerusi meja dengan teratur dan kemas bagi mengelakkan kemalangan.
No comments:
Post a Comment