BERSAMA MEMERTABATKAN PENDIDIKAN JASMANI
Sunday, December 19, 2010
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA BALING
MAJLIS SUKAN SEKOLAH – SEKOLAH SELANGOR DAN MALAYSIA
1. UNDANG – UNDANG PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan mengikut Undang – Undang Persekutuan Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan Peraturan – Peraturan Am MSSM
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan MSS Selangor – Sekolah bawah 12
tahun, 15 tahun dan 18 tahun lelaki dan perempuan.
2.2 Tempoh permainan
Secara Liga pusingan awal dan Kalah Mati pusingan kedua dengan masa permainan 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat (20 :10: 20) - MSSM
· Ikut mesyuarat pengelolaan peringkat daerah dan negeri.
2.3 Masa Rehat Pasukan (1 minit )
(a) Setiap pasukan dibenarkan meminta 1 minit masa rehat (Team Time-Out) sekali bagi setiap separuh masa.
(b) Pegawai yang berdaftar bagi setiap perlawanan sahaja dari mana-mana pasukan dibenarkan memohon masa rehat dengan menyerahkan KAD HIJAU berukuran 15 cm x 20 cm kepada Penjaga Masa (Time Keeper).
(c) Situasi yang dibolehkan untuk memberi kebenaran berhenti untuk masa rehat 1 minit :-
Ø Semasa pasukannya mengawal bola.
Ø Selepas pasukannya terkena jaringan gol atau semasa balingan gol dari pasukan sendiri setelah bola tersasar keluar.
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan terdiri tidak lebih daripada 12 orang pemain terdiri daripada 7 orang
dengan 5 orang pemain ganti.
3.2 Bagi penyertaan berpasukan bawah 18 tahun lelaki dan perempuan, 2 (dua) orang
pemain tingkatan 6 atas yang berumur bawah 20 tahun bagi setiap kategori dibolehkan menyertai pasukan MSS. Negeri masing – masing. (Rujuk Peraturan Am MSSM Terbaru 2005)
4. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan cara kalah mati seperti berikut:-
4.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
4.1.1 Pusingan Pertama
4.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian,
mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A, B,
C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
4.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan
seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-undang permainan berkenaan.
4.1.1.3 Sekiranya pasukan yang di utamakan ( seeded ) tidak
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
4.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
4.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan
masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan akan
dijalankan secara kalah mati.
4.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
4.1.2.3 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.
4.1.2.4 Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
4.1.2.5 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.2 Cara Liga Tiga Kumpulan
5.2.1 Pusingan Pertama
5.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
5.2.1.2 Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - tempat ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.
5.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukanya.
5.2.2 Pusingan Kedua ( Separuh Akhir )
5.2.2.1 Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan undian.
5.2.2.2 Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
5.2.2.3 Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan Y dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.
5.2.2.4 Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan kumpulannya.
5.2.3 Pusingan Akhir
5.2.3.1 Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
5.2.3.2 Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.3 Cara Liga 2 kumpulan.
5.3.1 Pusingan Pertama
5.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
5.3.1.2 Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
5.3.1.3 Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.
5.3.1.4 Sekiranya pasukan diutamakan ( seeded ) tidak mengambil bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
5.3.2 Pusingan kedua
5.3.2.1 Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan A.
5.3.2.2 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
5.3.3 Pusingan Akhir
5.3.3.1 Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan
5.3.3.2 Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.4 Cara liga Satu Kumpulan
Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan mengambil bahagian , pertandingan akan dijalankan secara liga satu pusingan akan dijalankan. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.
6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN KUMPULAN
6.1 Secara Liga
Cara Memberi Mata
Menang - 2 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
6.1.1 Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan seperti berikut :
6.1.1.2 Pasukan yang memperolehi perbezaan gol yang terbanyak akan dikira menang.
6.1.1.3 Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan gol terbanyak dikira menang.
6.1.1.4 Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang.
6.1.1.5 Jika masih seri, cabutan undi akan dijalankan.
6.2 Secara Kalah Mati
6.2.1 Bagi perlawanan secara kalah mati, jika kedudukan seri selepas sepenuh masa, langkah-langkah berikut akan dipatuhi untuk menentukan pemenangnya.
6.2.1.1 Perlawanan masa tambahan 5 minit akan diadakan setelah berehat 5 minit
6.2.1.2 Selepas 5 minit perlawanan separuh masa pertama, satu minit diberi untuk bertukar tempat dan perlawanan diteruskan.
6.2.1.3 Jika keputusan masih seri balingan 7 meter akan dijalankan.
6.2.1.4 Jika balingan 7 meter tidak dapat dijalankan kerana cuaca, penglihatan kurang jelas atau keadaan-keadaan lain tidak mengizinkan, maka lambungan syiling sebanyak 3 (tiga) kali hendaklah dijalankan
6.2.2 Sistem Balingan 7 meter (Penalti)
6.2.2.1 Tiap-tiap pasukan mengambil 5 balingan dari garisan balingan 7 meter dengan cara membaling berselang-seli oleh 5 pemain.
6.2.2.2 Jika masih seri, maka balingan 7 meter hendaklah diteruskan secara berselang-seli dengan sistem “Sudden death” sehingga keputusan diperoleh.
6.2.2.3 Pengadil akan memutuskan gol mana balingan 7 meter itu dijalankan.
6.2.2.4 Pengadil hendaklah membuat undian dan pasukan yang menang akan membuat balingan dahulu.
6.2.2.5 Hanya pemain-pemain yang layak menyertai perlawanan tersebut dibenarkan mengambil balingan 7 meter.
6.2.2.6 Pemain-pemain yang akan mengambil balingan 7 meter dan penjaga gol pasukan mestilah berada diluar garisan balingan percuma.
6.2.2.7 Semua pemain lain hendaklah berada digarisan tengah gelanggang.
6.2.2.8 Penjaga gol boleh ditukar pada bila-bila masa semasa balingan 7 meter dijalankan.
7. PAKAIAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF) dan perkara-perkara berikut :-
7.1 Semua pemain dimestikan memakai kasut dan bersarung kaki.
7.2 Pemain-pemain dibenarkan memakai kasut biasa atau ‘boot’. Kasut berpaku tidak dibenarkan sama sekali.
7.3 Kasut ‘boot’ yang mempunyai 6 - 8 ‘stud’ tidak dibenarkan dipakai dan tinggi ‘stud’ yang dibenarkan tidak melebihi 12 mm.
7.4 Setiap pasukan dikehendaki membawa sekurang-kurangnya 2 set jersi yang berlainan warna bagi setiap peringkat umur. Pemain dimestikan memakai jersi yang bernombor di antara 1 hingga 20 di bahagian belakang dengan ukuran ketinggian nombor sekurang-kurangnya 20 cm dan 10 cm ukuran dibahagian dada. Pemakaian nombor pemain hendaklah dikekalkan sehingga tamat kejohanan.
7.5 Pengurus-pengurus pasukan dikehendaki mengisytiharkan warna jersi masing-masing semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan.
7.6 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan kain berwarna terang dibahagian atas lengan dengan ukuran lebar 4 cm.
7.7 Pertukaran warna jersi : Jika berlaku pemakaian jersi yang sama warna sebelum pertandingan oleh kedua-dua pasukan, pasukan yang namanya tercatat dahulu dalam jadual perlawanan dikehendaki menukar jersi.
8. GELANGGANG PERMAINAN
Sila rujuk Undang-Undang Bola Baling Antarabangsa (IHF)
8.1 Tiap-taip gelanggang permainan hendaklah disediakan satu kawasan keselamatan di luar gelanggang permainan dengan ukuran sekurang-kurangnya 1 meter dari garisan tepi dan sekurang-kurangnya 2 meter dari garisan gol.
9 ALATAN (BOLA)
| PERINGKAT UMUR | LILITAN | BERAT | SAIZ BOLA |
| 12 Perempuan 12 Lelaki | 50 – 52 cm | 290 – 330 gm | Saiz 1 |
| 15 Perempuan 18 Perempuan 15 Lelaki | 54 – 56 cm | 325 – 375 gm | Saiz 2 |
| 18 Lelaki | 58 – 60 cm | 425 – 475 gm | Saiz 3 |
10. KELEWATAN
Hanya 10 minit akan diberi kepada sesuatu pasukan yang lewat. Selepas itu, pihak lawannya akan diberikan kemenangan dengan 2 mata dan dengan bilangan gol 3 – 0.
11. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sila rujuk Peraturan AM ( 11 ) MSSM.
12. BATAL ( KAD MERAH ) DAN SINGKIR
12.1 Jika seseorang pemain atau pegawai pasukan menerima satu kad merah atau dibatal dalam satu-satu perlawanan, ia akan digantung satu perlawanan berikutnya. Kecuali pemain yang dikenakan tindakan 2 minit selama 3 kali berturut-turut dalam sesuatu perlawanan dan diikuti dengan satu kad merah dibenarkan bermain untuk perlawanan seterusnya.
12.2 Jika seorang pemain atau pegawai pasukan disingkir, ia tidak dibenarkan bermain atau berada di gelanggang di mana pasukannya bermain dalam mana-mana perlawanan sepanjang pesta tersebut.
13. BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am (12 ) MSSM.
14. LEMBAGA JURI RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am (13 ) MSSM.
15. LEMBAGA TATATERTIB
Sila rujuk Peraturan Am (14 ) MSSM.
16. PERKARA – PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
Sila rujuk Peraturan AM (19)
KEMAHIRAN ASAS BOLA TAMPAR
BOLA TAMPAR
KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA TAMPAR
(i) Hantaran
(ii) Servis
(iii) Merejam
(iv) Mengadang
KEMAHIRAN ASAS
Hantaran bola
Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.
Hantaran bola
Hantaran boleh dilakukan sama ada melalui atas kepala (overhead) atau bawah tangan (underarm). Posisi pemain, posisi bola dan kelajuannya akan menentukan jenis hantaran yang akan dibuat.
Hantaran atas kepala (overhead)
Kemahiran ini digunakan untuk menhantar bola (in passing), mengumpan (insetting) dan menghantar bola yang tinggi dan jauh (plying long high balls) ke belakang gelaggang lawan. Kadangkala ia juga digunakan untuk menjatuhkan bola secara ringan melintasi jaring. Hantaran atas kepala menggunakan dua belah tangan untuk memastikan bola dalam posisinya supaya dapat mengumpan untuk serangan, atau menghantar bola melintasi jaring.
Cara-cara hantaran atas kepala
1) Posisi bersedia
a. Kaki dijarakkan, satu kaki ke hadapan, luasnya adalah lebih
luas sedikit pada bahu.
b. Bengkokkan sedikit lutut dan condong sedikit di hadapan.
c. Trisep hendaklah sejajar dengan lantai.
d. Tangan dihulurkan ke atas di hadapan bahagian dahi.
e. Tapak tangan menghadap keluar dengan jari-jari terbuka luas
dan ibu jari terbuka ke dalam.
f. Siku bengkok ke luar.
g. Ibu jari dan jari telunjuk kedua-dua tangan masing-masing
berjarak dua inci dan empat inci untuk menbentuk satu segi
tiga kecil.
h. Pergelangan tangan ditegakkan ke belakang.
2) Pergerakkan
a. Bergerak di bawah bola.
b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk
menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan
berputar untuk sampai ke bola.
b. Mengambil posisi bersedia sebelum menyentuh bola.
c. Daripada posisi mendekam bagi menpercepatkan bola untuk
menbuat kontak.
d. Menyelaraskan kelajuan ansur maju semua bahagian sendi.
e. Permindahan berat semasa kelajuan harus ke atas bola menuju ke sasaran.
f. Kaki, lutut dan punggung menghadap ke sasaran.
g. Bergerak dengan menyeret kaki atau secara bersilang dan
berputar untuk sampai ke bola.
3) Kontak
a. Kontak dilakukan di atas dahi.
b. Semua jari hendaklah menyentuh bola.
c. Ibu jari dan jari telunjuk menberi kuasa.
d. Jari telunjuk adalah penunjuk arah.
e. Bola dilihat melalui jari-jari telunjuk dan ibu-ibu jari.
Hantaran bawah tangan (dig atau menyangga)
Hantaran ini adalah hantaran bawah tangan yang menggunakan kedua belah tangan (a two handed underhand pass). Ia digunakan terutamanya untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran ini juga digunakan apabila bola terlalu dekat lantai dan permain tidak sempat mengambil posisi yang baik. Kemhiran ini juga digunakan sebagai teknik menahan bagi menyelamatkan hantaran dan juga mengawal bola.
Cara-cara hantaran bawah tangan
1) Posisi bersedia
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain
serta ibuibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi
seimbang.
a) Kaki hendaklah dijarakkan seluas bahu.
b) Satu kaki di hadapan dan satu kaki di belakang.
c) Lutut dibengkokkan dan tubuh hendaklah sedikit tegak.
d) Lengan diluruskan.
e) Siku-siku diputarkan ke arah satu sama lain dan dikuncikan.
Letakkan tangan di atas tapak tangan sebelah tangan yang lain
serta ibuibu jari ke bawah dengan rata.
g) Pergelangan tangan terkunci ke bawah.
h) Lengan-lengan sejajar kepada paha.
i) Meletakkan berat badan di bebola kaki tetapi dalam posisi
seimbang.
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah ke arah bola dengan lengan dihulurkan ke hadapan.
c) Melangkah dengan kaki yang terdekat dengan sasaran.
d) Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan-lengan untuk bola
yang lambat.
e) Menarik sedikit atau mengendur lengan-lengan untuk bola yang
laju.
f) Melangkah ke sasaran dengan lutut. Punggung dan bahu menuju ke
arah bola yang hendak dihantarkan.
3) Kontak
a. Kontak bola di hadapan badan dan di antara lutut-lutut.
b. Kontak bola dengan bahagian tangan yang berisi iaitu dua
hingga enam inci ke atas dari pergelangan tangan.
c. Mata sentiasa memandang bola semasa penghantaran dibuat.
Kemahiran menyangga dari atas juga merupakan kemahiran mengumpan. Istilah ’mengumpan’ (setting) digunakan apabila hantaran dibuat supaya suatu smesy atau rejaman dapat dilakukan oleh seorang pemain yang lain.
(ii) Servis
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.
Adalah satu tindakan yang dibuat untuk memulakan permainan dengan bola dari kawasan servis oleh seorang pemain iaitu peservis.
Servis bawah tangan (underhand)
Servis yang senang dilakukan dan adalah tepat, konsisten dan memerlukan hanya sedikit keupayaan fizikal.
Cara-cara melakukan servis ini
1) Posisi bermula
a. Berdiri dengan kaki kangkang, jaraknya lebih kurang luas bahu.
b. Kaki kiri ke hadapan untuk peservis yang biasanya menggunakan
tangan kanan (right handed server).
c. Kaki depan menuju ke arah di mana servis akan ditujukan.
d. Bengkokkan sedikit lutut.
e. badan menghadap ke hadapan.
f. Letak bola di tangan kiri untuk peservis tangan kanan di depan
dan sebelah kanan badan.
g. Berdiri berjauhan di antara 2 hingga 10 kaki daripada garisan
belakang.
2) Lambungan
a. Lutut dibengkokkan dan kaki ke belakang sedikit.
b. Pada masa yang sama bola dilambungkan terus ke atas di hadapan
tangan sekaligus tangan akan memukul bola tersebut (striking
hand).
3) Aksi tangan / kontak
a. Semasa bola dilambungkan tangan yang menbuat servis ditarik ke
belakang mengikut pergerakan buah bandul jam.
b. Apabila bola yang dilambungkan telah mencapai puncaknya, berat
badan akan dipindahkan dan hayunan tangan ke hadapan dimulakan.
c. Kontak bola dimulakan tangan memukul (sama ada dengan bahagian
bawah tangan, tapak tangan atau buku lima).
d. Bola dipukul di tengah atau di bawah sedikit dengan lengan
yang lurus.
e. Ikut lajak dengan lengan servis dihadkan.
f. Pergerakan tangan ditegarkan untuk mengelakkan putaran bola.
g. Memastikan mata sentiasa mengikut laluan bola.
Servis atas kepala (overhead)
Servis ini adalah senang untuk dikuasai dan ia lebih kuat (harder) serta berat(heavier) berbanding dengan servis bawah tangan.
Cara-cara membuat servis atas kepala
1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan
kanan.
c. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang
satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan
tangan kanan.
d. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Lambungan / pemindahan beratan
a. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di
hadapan bahu lengan yang membuat servis.
b. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
3) Aksi tangan kontak
a. Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi
membaling bola.
b. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk
melakukan putar depan.
d. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Servis gelombang (floata)
Cara-cara membuat servis atas kepala
1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring dengan kaki seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan bagi peservis yang menggunakan tangan
kanan.
c. Pegang bola dalam tangan lambungan(tossing hand) lebih kurang
satu kaki ke sebelah kanan muka peservis yang menggunakan
tangan kanan.
d. Menyokong bola dengan tangan servis (serving hand).
2) Lambungan / pemindahan beratan
a. Melambungkan bola lebih kurang tiga kaki ke atas kepala dan di
hadapan bahu lengan yang membuat servis.
b. Memindah berat badan dari belakang ke hadapan.
3) Aksi tangan kontak
a. Menghayun lengan yang menbuat servis seperti seperti aksi
membaling bola.
b. Memukul bola dengan tapak tangan dan jari di keliling bola.
c. Gunakan pergerakan pergelangan tangan yang cepat untuk
melakukan putar depan.
d. Ikut lajak dengan lengan servis ke pertengahan badan.
e. Memindahkan berat badan dari belakang ke depan.
Servis gelombang (floata)
Servis ini dilakukan selepas memukul bola di tengahnya dengan tapak tangan yang terbuka, tangan berhenti dengan serta-merta tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa diteruskan lagi. Ini menyebabkan bola terapung atau meluncur tanpa putaran langsung. Gelombang ini bergerak dengan laju melintasi jaring dan tiba-tiba pecah atau mati (breaks or dies) jadi penerima mungkin terganggu sementara imbangannya.
Cara-cara menbuat servis gelombang
1) Posisi bermula
a. Berdiri menghadap jaring, kaki berjarak seluas bahu.
b. Kaki kiri di hadapan untuk peservis yang menggunakan tangan
kanan.
c. Kaki depan harus menuju dengan tepat ke tempat di mana bola
yang diarahkan.
d. Lutut dibengkokkan sedikit.
e. Berdiri di antara 2 hingga 10 kaki jauh daripada garisan
belakang.
2) Lambungan dan pemindahan berat badan
a. Berat badan tertumpu di kaki belakang semasa dalam posisi
bersedia.
b. Lengan lambungan dengan bola diletakkan di tapak tangan harus
direntang ke hadapan.
c. Meletak tangan servis di atas bola menghadap ke bawah (untuk
menolong kawalan bola).
d.Bengkokkan lutut sedikit ke belakang, pada masa yang sama
naikkan lengan lambungan.
e. Tangan servis masih berkontak dengan bola selama yang boleh.
f. Lambungan diteruskan dengan lengan tangan bergerak ke atas
secara berlanjutan dan lutut diluruskan.
g. Tidak ada pergerakan di pergelangan tangan yang membuat
lambungan. Melambungkan bola terus ke atas, di hadapan bahu
tangan servis tidak lebih daripada 18 inci tingginya.
i. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki depan
apabila lambungan telah mencapai kemuncaknya.
3) Aksi tangan dan kontak
a. Menghayun lengan memukul dengan mengunakan aksi membaling
seperti dalam perrmainan besbol.
b. Memulakan hayunan lengan ke hadapan apabila berat badan
dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.
c. Memukul bola dengan bahagian bawah tapak tangan (heel of the
hand).
d. Memastikan pergelangan tangan adalah tegar.
e. Kontak bola dengan meletakkan tangan di tengah atau sedikit di
bawah bahagian tengah bola dengan lengan yang cukup lurus.
f. Mata memandang bola semasa servis dilakukan.
(iii) Merejam (Smesy)
Kemahiran ini digunakan untuk mendapat skor. Merejam adalah bola yang dihantar dengan menbuat smesy ke bawah dalam gelanggang lawan. Perejam berdiri dekat dengan jaring, menghadap arah daripada mana bola akan datang. Semasa bola mula menurun, perejam melompat tinggi ke udara dan menghayunkan tangan kanan atau kiri ke atas untuk memukul bola ke bawah ke dalam gelanggang pihak lawan.
Rejam berdiri
a. Tidak ada run-up
b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan
ke belakang dan ke atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di
belakang bahu untuk merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak
tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola
turun.
a. Tidak ada run-up
b. Melonjak dengan kedua-dua kaki bertolak dari setempat.
c. Bengkokkan lutut dan menolak ke atas dengan tangan dihayunkan
ke belakang dan ke atas.
d. Menaikkan tangan kanan atau kiri di atas kepala atau di
belakang bahu untuk merejam bola.
e. Pukulan boleh dibuat dengan pukulan buku lima tangan, tapak
tangan terbuka atau menadahkan tangan.
f. Pukulan boleh dibuat dengan buku lima tangan, tapak tangan
terbuka atau menadahkan tangan.
g. Pergerakan pergelangan tangan penting untuk menbawa bola
turun.
Rejam sambil berlari (running spike)
a) Perejam berdiri dua hingga tiga meter dari jaring.
i. Berlari (run up) tiga langkah.Langkah pertama adalah bermasa
(a timing pace).
ii. Langkah kedua akan menbawa perejam di bawah bola dan kedua-
dua belah kaki akan hampir bersama.
iii. Memukul bola dengan buku lima, tapak tangan terbuka atau
menadah tangan.
Cara-cara merejam.
1) Posisi bersedia
a) Berat badan diagihkan dengan seimbang.
b) Dalam posisi untuk melihat dengan apa yang berlaku.
c) Bengkokkan lutut.
d) Bahagian tubuh badan mengendur.
e) Bahu ke hadapan.
f) Jarak dari jaring di antara dua hingga tiga meter.
2) Pergerakkan
a) Bergerak ke arah bola.
b) Melangkah dengan kaki kiri untuk pemain yang menggunakan
tangan kanan.
c) Bergerak sambil melihat kelajuan bola.
d) Lengan-lengan mula digerakkan ke belakang.
e) Turunkan badan secara beransur-ansur dalam persediaan untuk
melakukan lompatan.
f) Lengan-lengan ke belakang dan ke hadapan dengan seberapa yang
boleh.
g) Melangkah dengan kaki kanan yang mengambil kebanyakan berat
badan.
h) Menghayunkan lengan-lengan ke bawah di sisi badan.
3) Kontak
a) Kontak mestilah dilakukan diatas bahagian bola.
b) Kontak bola dengan hujung tangan.
c) Pergelangan tangan bengkok dengan serta-merta ke depan dengan
tapak tangan dan jari-jari melindungi bola.
e) Mendepakan jari seluas-luas yang boleh untuk mengawal spike
atau menadah tangan untuk mendapatkan kuasa.
f) Hayunan lengan megikut lajak sehingga ke pertengahan badan.
4) Daratan.
a) Mendarat di atas jari
b) Lutut dibengkok sedikit untuk menyerap tekanan.
c) Mendarat di tempat yang sama semasa tempat menbuat lonjakan.
(iv) Mengadang
Lazimnya tindakan mengadang diamalkan untuk menentang smesy oleh pihak lawan. Hadangan (blocking) yang berkesan akan menyebabkan bola mati dalam gelanggang pihak yang smesy. Menyentuh jaring semasa hadangan adalah satu kesalahan.
(a) Melonjak kedua-dua belah kaki, tangan dihulurkan lurus ke
atas.
(b) Bahagian lengan dan tapak tangan condong ke sebelah pihak
lawan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

